Sunday 14 April 2013

Xtra : Tips Pintar Peperiksaan 3

Assalammualaikum semua,
hari ni Wawa nak sambung lagi
tentang 'Tips Pintar Peperiksaan' ni..
sebenarnya semua 'Tips Pintar Peperiksaan'
yang Wawa tulis ni ada dalam buku.Tajuk buku tu
yang sebenar ialah 'Azimat Peperiksaan bersama Abang
Nuar ' so ashik berborak ajer jom lah kita mulakan!


                Sehari Dalam Kehidupan Seorang Pelajar
  • Bangun Awal sebelum subuh
  • Solat Tahajjud dan Hajat, berdoa kepada Allah
  • Solat subuh berjemaah di masjid
  • Pastikan bersarapan sebelum ke sekolah
  • Minta doa dan restu daripada ibu bapa
  • Tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran semasa disekolah
  • Selepas balik dari sekolah, solat dan ambil peluang untuk tidur sebentar
  • Makan tengah hari dengan mengambil makanan yang seimbang
  • Siapkan tugasan sekolah dan buat kerja-kerja rumah
  • Selepas solat asar , bersukan atau bermain dengan rakan-rakan
  • Bersihkan diri,kemudian makan malam
  • Solat Maghrib dan mengaji al-quran menjelang solat isyak
  • Rehat sebetar
  • Ulang kaji dan buat persiapan untuk esok hari
  • Sebelum tidur, buat penilaian diri
  • Berazam memperbaiki kelemahan diri
  • Tidur dengan berdoa agar Allah memberi kekuatan untuk bangun mengerjakan solat tahajjud


Credit : Azimat Peperiksaan bersama Abang Nuar




Xtra : Tips Pintar Peperiksaan 2

Assalammualaikum semua,
malam ni dapat kita berjumpa
lagi untuk "Tips Pintar Peperiksaan" 
yang kedua. tak sangka pula malam ni 
Wawa free. so dapatlah Wawa hantarpost
lagi, sebab dah lama sangat Wawa tak buka
blog so kala buka blog mesti lebih banyak post
Wawa boleh buat kan?so tanpa membuang masa jom kita mulakan!

Hormati Guru
Sikap menghormati guru seharusnya ada bagi setiap pelajar. Gurulah yang mengajar kita mendalami ilmu. Tanpa guru hidup kita tidak berpedoman. Dengan menghormati guru kita berharap ilmu yang kita dapat akan diberkat Allah SWT. Untuk itu,tanamlah keinginan untuk terus menghormati guru.Tradisi menghormati guru juga dinyatakan oleh Rasullullah SAW. Baginda bersabda yang bermaksud,"Pelajarilah ilmu pengetahuan itu dan pelajari juga dengan ilmu itu ketenangan dan kehormatan diri,serta rendahkan hati kamu terhadap orang-orang yang mengajar kamu(guru)" (Riwayat At-Thabrani).

Credit: Azimat peperiksaan bersama Abang Nuar

Xtra: Tips pintar peperiksaan

Assalammualaikum semua,
wah,dah lama juga ye wawa tak 
buka blog! jadi dah buka blog tak kan
lah nak tengok jer blog tu..kan?mestilah
kena buat post . So title Wawa untuk hari ini 
adalah"Xtra: Tips pintar peperiksaan" so jom kita mulakan!

            Jadikan pembelajaran itu menyeronokkan
  • Belajar merupakan proses perkembangan aktiviti dan perubahan hidup manusia
  • Belajar secara aktif dengan menggunakan pelbagai bentuk tindakan bagi mencapai tujuan
  • Tetapkan tujuan belajar untuk jadi orang berilmu,bertakwa dan orang yang berguna
  • Jangan anggap belajar sebagai bebanan
  • Ubah pemikiran bahawa belajar itu adalah kegiatan seumur hidup dalam keadaan yang menyenangkan

Credit : Azimat Peperiksaan bersama Abang Nuar