Sunday 3 November 2013

My Dream

Ok hari ni wawa nak cakap pasal antara salah satu dream wawa iaitu.......

wawa nak sangat pergi melancong di...

1.mekah
2.paris

wawa nak gi mekah sebab wawa nak tengok kaabah dan wawa nak sembahyang depan kaabah


wawa nak gi paris pulak sebab wawa teringin nak bukak satu bakery kat sana... and wawa nak ambik gambar depan eifel tower tu...and wawa ni gila dessert sikit so kalau wawa gi paris mesti ada banyak cafe yang menarik kan so kalau wawa masuk wawa boleh gila tengok dessert dia!!!



ohh .., best nyer kalau wawa dapat per gi kedua-dua tempat yang wawa nak sangat pergi ni...
tapi kalau wawa tanye mama & papa wawa yang wawa nak gi kedua-dua tempat ni...mesti jawapan diorang...: kalau nak pergi tempat-tempat yang kakak cakap tu .., duit ada..?

*panggilan wawa dalam family wawa ialah kakak...  


Saturday 2 November 2013

What Do I Say...

What Do I Say..... if you are infront of me....? You : Blue,Me: Purple, contoh tengah chat kat fb!

Eh macam pernah kenal..?
Ha ah memang kita pernah kenal pun.
Kat mana eh?
Kat sek agama.
Oh awk najwa eh?
yes.
Kenapa awk add saya eh?
sebab.....
sebab apa?
Awk ada suka sesapa?
Kalau saya ada suk sesapa pun nape awk tanya?
eh saje jer..!
awk suka saya ker..?
eh tak de lah ! saya suka awk sebagai kawan jer!
oh tak pe lah saya dah nak off ni ! bye!
bye!
-----------------------------------------------------
sebenarnya aku memang sukakan kamu..



Saturday 26 October 2013

Dychah (Candy Buffet)

salam semua!!hari ni wawa nak cakap pasal perniagaan 'baru' mak cik wawa!





ni gambar card dia kalau tak nampak apa dia tulis tak pe wawa tulis balik ok!

(bahagian depan)

Dychah Candy Buffet
Ummi Nafisah:017-6925140   (mak cik wawa)
Wandy          :017-23322426  (pak cik wawa)

(bahagian belakang)
  • Birthday Party
  • Wedding Ceremony
  • Engagement
  • Anniversary
  • Open House
  • Family day & etc
tu je lah yang di tulis di card(gambar atas)

antara benda yang ada :

Chocolate Fountain
Marsmallo
Stick Bicuit
 
tu je lah yang wawa ingat

sebab masa birthday party anak dia masa tu dia ada buat so wawa adalah ingat skit-skit. 

Thursday 10 October 2013

Geram nyer!!!

salam semua,hari ni wawa nak borak pasal seorang kawan wawa yang bernama A dia ni kawan wawa mulai  6tahun then wawa gaduh ngan dia sakit giler hati wawa ni sebab dia kata F iaitu BFF wawa tu perampas dia kata F rampas wawa dari dia siapa kata selama wawa kawan ngan dia wawa tak pernah suka dia dan wawa tau plan dia nak pisahkan wawa dengan F . A ada sorang kawan yang bernama D . D nak kan F and A nak kan wawa so nanti kitaorang akan berpecah lah wawa ingat selama ni F tak perasan yang wawa dengan D rebut dia rupa-rupanya dia perasan . yang paling wawa tak sanggup dia tuisyen kat umah wawa! setiap  jumaat mama wawa ada buat tuisyen bi and A join. dia boleh kata kat sekolah --> "aku datang rumah kau sebab nak belajar bukan nak tengok muka kau yang buruk tu" . boleh lagi dia kata cam tu, lagi la wawa geram! lepas tu wawa balas lah --> "kalau nak datang umah orang kena mintak kebenaran dari tuan rumah dia dulu!" wawa tak nak mengalah dia ingat kalau dia cakap cam tu wawa akan putus asa !? tak kan nyer malahan wawa akan lebih kuat untuk lawan dia! bagaikan api dengan air . A adalah air . wawa and F adalah api lagi A simba air lagi kitaorang marah!! hah seronok nya dapat luah kan perasaan dan geram wawa kat dia dalam blog so bye!

Thursday 15 August 2013

Raya : Rumah paling hot !

assalammualaikum semua, hari ni wawa nak kongsi pengalaman wawa ke rumah paling hot yang wawa pernah pergi tahun ni. kalau nak tengok gambar original rumah dia wawa tak de.... cuma wawa ada carta rumah je(yang wawa buat sendiri kat photo scape)


Rumah --> ruang makan dia besar... sangat-sangat....!  macam kat dewan,ada stage pastu meja makan atas tu.. pergi tepi sikit ada tangga untuk naik atas .... best!!
Garden --> dia best sebab ada buaian....pastu dia ada buat jalan yang berbatu-batu ke meja garden dia (macam meja santai untuk minum kopi , untuk tea break. 
Haiwan--> (wawa ringkaskan perkataan tempat dia pelihara haiwan)ada rabit,itik, ikan seronok!

ok tu je.... wawa tak dapat kongsi banyak sangat cerita wawa untuk hari ni sebab kejap lagi wawa nak gi rumah nenek wawa yang dekat ngan rumah wawa tak sampai 10 minit dah sampai. Kat sana ada wifi tapi blom top up.Rumah yang wawa cerita kan ni kat rumah nenek belah ayah. Yang dekat ngan rumah wawa ni nenek belah ibu tapi wawa tak panggil dia nenek wawa panggil dia gema macam grandma tapi tak nak lah english sangat so.. panggil gema je ler... atok pula panggil tok ayah macam tok abah tapi tuka abah tu jadi ayah jer... yang belah ayah nenek panggil tok mek manakala atok panggil atok lah malangnya kedua-dua nya sudah pergi... tok mek baru meninngal tahun ni 26.1.13 manakala atok pulak wawa tak dapat jumpa langsung. Masa mama kawin ngan papa pun atok dah takda. 



Saturday 13 July 2013

2013 : Selamat Berpuasa !

salam semua,
sihat?dah lama jugak 
wawa tak buka blog yela
sebab pertama sibuk pasal
hal sekolah , kedua kalau nak 
buka blog je mesti ada halangan
conthnya .. tiba-tiba internet rosak
nak pergi jalan-jalan,nak gi keluar makan 
(waktu bukan bulan ramadhan lah) ok so...
hari ni topik yang kita nak borakkan ialah
'selamat berpuasa' jadi kepada semua umat-umat islam
wawa nak ucapkan selamat berpuasa jangan cepat marah,relaks,tenang 
dan sabar menanti waktu berbuka jadi wawa sebenarnya tak de idea sangat tentang
apa lagi kita nak borak , jadi insyaallah kita bertemu lagi... bye!!


jangan curi-curi makan !
allah nampak tau..!

  


  

Sunday 16 June 2013

Happy Father's Day : 2013

assalammualaikum ,
semua.hari ni wawa nak ucapkan
" Happy Father's Day" atau Selamat Hari
Bapa kepada semua bapa-bapa yang setia menjaga
anak-anaknya dengan setia jadi
apakah hadiah yang korang bagi dekat ayah korang sempena
hari bapa ni kalau wawa..... :

 lawa tak?
jadi tu jelah untuk hari ni
sebab wawa nak gi tolong mama 
wawa siapkan kek untuk papa wawa
sementara dia tak kat rumah
ok bye!

Tuesday 4 June 2013

Resipi : Chocolate Brownies

assalamualaikum,
dah lama juga wawa tak borak-borak
yela sebuk *sebuk sangat. Ala biasa lah cuti 
sekolah kan , so macam mana cuti sekolah korang kalau
nak kongsi pasal cuti sekolah nanti kita sambung kat
chat box lah eh, ye la kan kalau borak je sampai esok tak 
habis.So jom kita mulakan!


 250 gm butter ~ potong kecil
400 gm coklat masakan ~ potong kecil

Mula-mula kita perlu cairkan dahulu butter dan coklat masakan.
Bahan-bahan ini perlu di cairkan menggunakan kaedah double boiler.
Atau boleh juga dicairkan  dalam microwave anggaran masa 30 saat, kemudian keluarkan dan kacau hingga adunan cair dan licin.
Biarkan ia sejuk sebentar

90 gm tepung 
50 gm serbuk koko
100 gm kekacang ~ di panggang dahulu

Ayak tepung bersama serbuk koko.
Kacang di panggang dahulu. Kalau masukkan dalam oven bakar pada suhu 170 selama 15~20 minit
Kemudian campurkan kekacang dalam adunan tepung dan koko yang telah di ayak.
* kekacang terpulang pada citarasa nak letak boleh tak letak pun boleh.

5 biji telur ~ saiz A
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar coklat emulco
290 gm gula perang

Panaskan oven pada suhu 160 C.
Sediakan loyang bersaiz 9X12 inc. 
Sapukan loyang dengan sedikit butter.
Alas dasar loyang dengan kertas minyak.

Dalam bekas, pukul telur, esen vanilla, coklat emulco dan gula perang dengan menggunakan whisk hingga gula larut.
Kemudian tuangkan adunan coklat dan butter kedalam adunan telur tadi.
Kacau rata.
Dengan kadar segera tuangkan adunan tepung ke dalam adunan.
Kacau adunan dengan spatula menggunakan kaedah kaup balik dengan cepat.
* proses ini hendaklah dilakukan dengan cepat kerana adunan coklat yang bercampur dengan adunan telur cepat likat dan akan menyukarkan proses untuk meratakan tepung.
* Jangan terlebih pukul adunan, cukup sekadar ia rata dan bersatu.

Tuangkan adunan ke dalam loyang.
Ratakan.
* ita corakkan sikit atasnya dengan coklat putih
Bakar adunan pada suhu 160C selama 45 minit atau sehingga adunan masak dengan sempurna.
Setelah masak keluarkan dari oven. Rehatkan atau biarkan ia sejuk anggaran 10 minit.
Potonglah brownies kepada kepingan.
* Permukaan brownies akan mengeras bila ia sejuk, oleh itu di nasihatkan untuk memotong brownies dengan segera.


credit by : masam manis

Sunday 14 April 2013

Xtra : Tips Pintar Peperiksaan 3

Assalammualaikum semua,
hari ni Wawa nak sambung lagi
tentang 'Tips Pintar Peperiksaan' ni..
sebenarnya semua 'Tips Pintar Peperiksaan'
yang Wawa tulis ni ada dalam buku.Tajuk buku tu
yang sebenar ialah 'Azimat Peperiksaan bersama Abang
Nuar ' so ashik berborak ajer jom lah kita mulakan!


                Sehari Dalam Kehidupan Seorang Pelajar
  • Bangun Awal sebelum subuh
  • Solat Tahajjud dan Hajat, berdoa kepada Allah
  • Solat subuh berjemaah di masjid
  • Pastikan bersarapan sebelum ke sekolah
  • Minta doa dan restu daripada ibu bapa
  • Tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran semasa disekolah
  • Selepas balik dari sekolah, solat dan ambil peluang untuk tidur sebentar
  • Makan tengah hari dengan mengambil makanan yang seimbang
  • Siapkan tugasan sekolah dan buat kerja-kerja rumah
  • Selepas solat asar , bersukan atau bermain dengan rakan-rakan
  • Bersihkan diri,kemudian makan malam
  • Solat Maghrib dan mengaji al-quran menjelang solat isyak
  • Rehat sebetar
  • Ulang kaji dan buat persiapan untuk esok hari
  • Sebelum tidur, buat penilaian diri
  • Berazam memperbaiki kelemahan diri
  • Tidur dengan berdoa agar Allah memberi kekuatan untuk bangun mengerjakan solat tahajjud


Credit : Azimat Peperiksaan bersama Abang Nuar




Xtra : Tips Pintar Peperiksaan 2

Assalammualaikum semua,
malam ni dapat kita berjumpa
lagi untuk "Tips Pintar Peperiksaan" 
yang kedua. tak sangka pula malam ni 
Wawa free. so dapatlah Wawa hantarpost
lagi, sebab dah lama sangat Wawa tak buka
blog so kala buka blog mesti lebih banyak post
Wawa boleh buat kan?so tanpa membuang masa jom kita mulakan!

Hormati Guru
Sikap menghormati guru seharusnya ada bagi setiap pelajar. Gurulah yang mengajar kita mendalami ilmu. Tanpa guru hidup kita tidak berpedoman. Dengan menghormati guru kita berharap ilmu yang kita dapat akan diberkat Allah SWT. Untuk itu,tanamlah keinginan untuk terus menghormati guru.Tradisi menghormati guru juga dinyatakan oleh Rasullullah SAW. Baginda bersabda yang bermaksud,"Pelajarilah ilmu pengetahuan itu dan pelajari juga dengan ilmu itu ketenangan dan kehormatan diri,serta rendahkan hati kamu terhadap orang-orang yang mengajar kamu(guru)" (Riwayat At-Thabrani).

Credit: Azimat peperiksaan bersama Abang Nuar

Xtra: Tips pintar peperiksaan

Assalammualaikum semua,
wah,dah lama juga ye wawa tak 
buka blog! jadi dah buka blog tak kan
lah nak tengok jer blog tu..kan?mestilah
kena buat post . So title Wawa untuk hari ini 
adalah"Xtra: Tips pintar peperiksaan" so jom kita mulakan!

            Jadikan pembelajaran itu menyeronokkan
  • Belajar merupakan proses perkembangan aktiviti dan perubahan hidup manusia
  • Belajar secara aktif dengan menggunakan pelbagai bentuk tindakan bagi mencapai tujuan
  • Tetapkan tujuan belajar untuk jadi orang berilmu,bertakwa dan orang yang berguna
  • Jangan anggap belajar sebagai bebanan
  • Ubah pemikiran bahawa belajar itu adalah kegiatan seumur hidup dalam keadaan yang menyenangkan

Credit : Azimat Peperiksaan bersama Abang Nuar







Monday 25 March 2013

Resipi : Smootie Strawberi

   Assalammualaikum semua,
 hari ini wawa nak kongsi pasal resipi
sebab wawa dah lama tak bukak blog
maklumlah internet rosak pulak tiba-tiba hmm..
apa-apa je la sekarang kita mulakan ok    


Smootie Strawberi

          Bahan-bahan
  • 15 biji buah strawberi 
  • 1cawan kecil yogurt(140 milimeter)
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan ais
  • 1/2 cawan air
         Cara-cara
  1. Bersihkan strawberi
  2. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar
  3. Kisarkan sehingga halus
  4. Tuangkan ke dalam gelas hidangan
  5. Hiaskan dengan whipping cream dan hidangkan
 
itulah dia cara-cara nak membuat Smootie Strawberi
so kalau cuba buat, tak jadi sorry tau sebab wawa tak 
pernah try pun buat benda  ni . So wawa nak ucapkan
terima kasih kepada pembaca-pembaca blog ni so
bye-bye :)


Credit By : Buku Resipi 1 hari 1 resipi Chef Hanieliza




                   

Saturday 2 March 2013

My Birthday : Im 9 Now!

Assalammualaikum semua,
hari ni wawa nak ucapkan Happy
Belated For Me nak tau tak kenapa wawa
cakap Happy Belated Birthday For Me sebab
wawa lambat hantarkan post birthday wawa kat blog ni
wawa nyer birthday at 14thFebruary sekarang ni dah 2ndMarch 
dah masa birthday tu.. wawa busy sangat so tak sempat nak hantar post
so apa-apa pun sekarang ni wawa dah post pasal Birthday wawa dah
so kalau wawa ada salah silap dekat rakan-rakan wawa yang kat luar tu wawa
nak mohon maaf ok tolonglah maafkan wawa?
so wawa nak ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang
banyak membantu so...


Happy Birthday To Me...
Happy Birthday To Me...
Happy Birthday...
Happy Birthday...
Happy Birthday To Me... 


Sebenarnya gambar kek ni bukan gambar
kek wawa yang sebetulnya sebab tahun
ni wawa nyer birthday special sikit wawa
tak sambut dengan kek tapi wawa sambut
ngan ais-krim maksudnyer mama and papa
wawa bawak wawa ang satu keluarga wawa 
ke tutti frutti...!

Saturday 23 February 2013

My Diary : Oh Now Way !

Asalammualaikum semua,
dah lama wawa tak bukak blog kan?
dah berabuk mungkin juga dah ada taik cicak 
never mine that just a joke (kalau korang rasa that
is funny)so back to the top now, so what i want to do now..
just do the post lah haiyo..!

----------------------------------------------------------

Oh Now Way!

masa hari sabtu tu (hari ni ler)wawa ikut adik2
wawa gi taman so tu tak pe lagi then dalam kawasan taman 
tu ada tasik dalam tu banyak biawak so adik2 wawa
suka tngok biawak wawa geli lah so takpe lah dah ikut diorang gi 
taman tu tak kan lah kita nak duduk dalam kereta diorang 
duduk kat tasik tu berdua jer hm.. takkan terjadi kalau terjadi
memang wawa kena lepuk so ikutlah adik2 wawa gi
tasik tu kitorang kena tunggu pulak kat tasik tu semata-mata
nak tengok biawak tak lama lah wawa tunggu pastu keluar
seekor pastu dua ekor pastu tiga ekor mula-mula wawa
nampak kepala biawak tu je pastu dia mendarat nampak 
anggota badan dia geli nya terus adik wawa yang paling kecik panggil wawa,
adik wawa dan orang dewasa yang mengikuti kitaorang ke taman tu
 dalam perjalanan balik(sebab tasik dengan parking lot jauh)
nampak lagi tiga ekor wawa terus jalan cepat2 sampai kereta then
kitaorang pun balik rumah..

That Is The End For Today..Bye!

Monday 11 February 2013

Xtra : Nasihat


Assalammualaikum semua,
sekarang wawa nak bagi satu nasihat
kat korang semua so jom kita lihat dan baca
apakah nasihat wawa hari ni!


  • Kita perlu ingat persahabatan itu adalah satu anugerah
  •  Persahabatan itu bermula dari alam persekolahan        
        

  • Timbullah rasa rindu apabila seharian tidak ketemu(tidak berjumpa)
  • Jadi ingat jangan lah kita bergaduh antara satu sama lain..
"Always be a Bff every day and every second"



Xtra : My Picture

Assalammualaikum semua,
haa.., kawan-kawan wawa semua ni..
mesti sedang bercuti kan tapi ada juga yang
sedang bersekolah kan ? hari ni.., Wawa nak tunjukkan
satu gambar wawa masa bermain game "Papa's Wingeria so jom kita tengok..!


Ha tu lah dia gambar wawa masa main game "Papa's Wingeria"
tapi kawan kawan kena ingat itu hanya gambar waktu wawa
main game"Papa's Wingeria" je tau bukan gambar wawa yang
betul-betul tak kan terjadi lah ok so tuje lah untuk hari ni
bye..ENJOY!